skip to main | skip to sidebar

jom zikir

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts
zwani.com myspace graphic comments

About me

My Photo
khazinatul husna
Hidup dan matiku hanya kerana Allah
View my complete profile

Apa Kata Hati?

Archivo del blog

  • ▼ 2011 (5)
    • ▼ April (3)
      • Felt
      • Insaf
      • Sakit Penghapus Dosa
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2010 (16)
    • ► December (1)
    • ► October (3)
    • ► September (3)
    • ► August (3)
    • ► July (6)

Followers

denyut jam

kaunter pertanyaan

suka strawberry sangat2

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes
Raudhatul ilhami

Wednesday, April 13, 2011

Felt



Assalamualaikum...hari ni nak cerita pasal felt. Felt ni adalah sejenis kain yg diperbuat daripada serabut-serabut. pandai-pandai ja bg takrifan..tapi yang penting kain ni comel... stakat ni saya dah jumpa 2 jenis kain felt. yang lembut + lembik ckit dengan yang keras ckit. 2-2 ada pro and cons dy..

apa yang penting felt comel!! walaupun orang tu jahit hentam kromo ja, ia tetap comel!!
design2 felt ni boleh direka sendiri ikut kreativiti ja..tak pun kita bole cari design felt dalam internet, macam2 ada..

kesan jahit felt, boleh lepas tekanan dan membuatkan hari-harimu ceria dengan benda2 comel..hehe














Posted by khazinatul husna at 12:11 AM 6 comments
Labels: hobi

Monday, April 11, 2011

Insaf


Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku


Posted by khazinatul husna at 10:31 AM 2 comments
Labels: insaf

Thursday, April 7, 2011

Sakit Penghapus Dosa

Assalamualaikum..wah, sudah lama blog ini gersang dan bersawang, smoga entry ini menjadi hiasan berharga untuk kita semua..

Ingin saya petik satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang berbunyi:

"Semua cabaran yang menimpa orang yang beriman baik kegelisahan, kesusahan, sakit, kesedihan sehingga tertusuk duri, maka Allah menghapus dosanya dengan musibah itu".

Dalam kitab al-Istiqamah, ibnu Taimiyah menceritakan bahawa seorang soleh menjenguk orang yang sakit. Orang sakit yang dilawatinya itu merintih dan mengeluh lalu orang soleh itu terus menitiskan air mata...dia lalu bertanya: "Apakah engkau berkata aduh kepada Allah?"
Orang sakit itu segera beristighfar dan bertaubat.

moral untukku dan untukmu: telah lama kita sihat namun adakah kita bersyukur dengan menggunakan kesihatan yang diberikan sebaiknya? Apakah ibadah kita pada Allah setimpal dengan nikmat sihat yang diberikan-Nya? (T-T)

Satu lagi kisah yang menyentuh hati iaitu kisah Nabi Ayub,
Ketika penyakit yang menyerang Nabi Ayub semakin mengganas, Nabi Allah Ayub berdoa (Al-Anbiya':83) yang bermaksud :"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika Dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: 'sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani'.

Wah..indahnya kata-kata Nabi Ayub, walau sakit yang menimpanya sangat perit baginda tidak terus memohon untuk disembuhkan, namun baginda tetap menyerah dengan ketetapan Allah. Baginda juga tidak mengeluh bahkan terus berdoa: "Aku sakit, sedangkan Engkau adalah doktornya. Jika menurut-Mu penyakit ini telah sampai ke kemuncaknya dan ubatnya sudah ada, maka Engkaulah yang lebih mengetahui urusannya"

Kalau kita.. Ya Allah, sakitnya kepala ni Ya Allah..macam nak pecah ni haa, sembuhkanlah Allah sakit aku ni..amen..-cepat ja mintak sembuh kan.."jika engkau redha maka luka tidak akan terasa"-al-Mutanabbi.

Tidak ada yang dapat menyembuhkan penyakit, menghilagkan kesusahan, menepis bencana dan menjauhkan keburukan selain Allah. Allah maha mengetahui, maka, berserahlah kepada Allah dengan sepenuh-penuh keyakinan.

Posted by khazinatul husna at 11:30 PM 0 comments
Labels: insaf

Monday, February 21, 2011

apa2 ja..

Try to be an useful person..
Posted by khazinatul husna at 12:25 AM 0 comments

Saturday, January 15, 2011

DIA dan dia


dia..sesiapa pun boleh jadi dia..
mak, abah, kakak,abg, adik, kawan baik, kawan tak baik, husband, wife,
sweetheart,kucing,anakku syg n other..
dia makhluk biasa, sekejap ada, skejap tak da..
dia kadangkala hadir memberi semangat,
kadangkala sibuk sampai nak minta tolong pun tak sempat.
dia berjanji sehidup semati, tipu lah..bila i dah menghadap Illahi dia sibuk cari pengganti.
dia si miow2 tempatku lauhkan rasa hati, tapi syg, dah jumpa miow2 lain aku ditinggalkan sepi..
dia si isteri sejati, hadirnya seketika kerana dirinya tiada lagi..
dia si kawan yang happy go lucky, sesekali diri ditinggal menyendiri..
sia si anak mithali, namun bukan setiap waktu si tua ini diingati..

DIA hanya SATU...
tiada permulaan, tiada pengakhiran..
sentiasa ada untuk dicintai dan menyintai..
beruntunglah bagi sesiapa yang meraih cinta hakiki..
betul cinta DIA rasa manis walaupun diri disakiti?
acu cuba try test uji sendiri..

bila susah rasa diri diuji, bila sakit rasa diri diingati, bila senang?
jangan sesekali lupakan DIA..
dengan mengingati DIA hati menjadi tenang..itu janji DIA..
segala pujian hanya untuk DIA.

janganlah terlalu mengharap pada dia kerana kita mungkin kecewa,terluka, merana, ter.. n ter lain2 lagi..
mengharaplah pada DIA, DIA yang Maha Kuasa, "kun fa yakun"..

walaupun dia dan DIA sangat berbeza, cubalah mensyukuri nikmat DIA..
semuanya adalah kurniaan dari DIA juga..
kelak suatu hari nanti semua kesayangan kita akan pergi menghadap DIA RABBUL A'LAMIN..
bukan dia ja, dengan kita2 sekali.. ayuh,jom, lets go! kumpul mata ganjaran..
menuju ke negeri abadi~~~
Posted by khazinatul husna at 9:35 PM 0 comments
Labels: insaf

Tuesday, December 14, 2010

Hikmah musibah


assalamualaikum..
bismillahi rahmani rahim..
alhamdulillahi rabbil a'lamin..
(surah al-fatihah:1-2)

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
yakinkah kita bahawa Allah itu bersifat Pengasih dan Penyayang? yakinkah aku?
ya, sesungguhnya Allah itu bersifat Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Hatta kasih ibu kita sekalipun kalah dengan kasih sayang Allah. Kasih sayang kita kepada-Nya macam mana pula?
Tepuk dada, tanya jantung? tanyalah iman..

Kalau Allah sayangkan kita, kenapa Dia tak berikan apa yang kita mahu? atau knapa Allah buat kita sedih,kecewa atau merana? Allah mengetahui segala-galanya,apa yang terbaik untuk kita, yakinlah dengan-Nya,pasti kita tidak akan merasa kecewa.
al-kisah..

(ingat2 lupa ja kisah ni) di dalam sebuah kampung terdapat satu keluarga yang sangat miskin, seorang lelaki dan seorang ayah. apa yang mereka miliki hanyalah seekor ayam untuk mengejutkan mereka bangun, dan dua ekor lembu, untuk diperah susunya. Hanya itulah harta mereka. Pada satu hari, binatang peliharaan mereka mati, seekor demi seekor.
Si anak merasa sangat kecewa dan sedih. "Sudahlah kami miskin, harta kami yang sedikit itu pun Engkau ambil Ya Allah, tidakkah Engkau kasihankan kami?" rintih si anak.

Si ayah yang mendengar keluhan anak itu tersenyum lalu berkata,"sabarlah wahai anakku, ayah yakin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik musibah ini, Allah tidak pernah kejam kepada makhluknya." jadi.. mereka redha di atas musibah itu.

tidak berapa lama kemudian, penduduk kampung itu digemparkan dengan kes rompakkan. Kampung itu menjadi sunyi keesokkannya kerana kebayakkan penduduknya mati dibunuh pada malam itu. Apa pulak kaitan dengan ayam lembu si miskin tadi kan?? hehe..
Si miskin dan ayahnya yang baik itu terselamat kerana perompak2 itu menyerang rumah2 yang ada bunyi binatang. Hal ini kerana pada waktu malam yang gelap, mereka berpandukan suara binatang untuk mencari rumah. Haa,,kan ada hikmah tu..

Inilah hikmah di sebalik musibah.
Boleh jadi kamu benci kpd sesuatu padahal ia baik bg kmu, & bole jd kmu suka pd sesuatu padahal ia buruk bg kmu. Allah Maha mengetahui sdangkan kmu tdk mengetahuinya. (al-baqarah:2)
16..
^-^
Posted by khazinatul husna at 10:36 AM 0 comments
Labels: kisah2

Thursday, October 21, 2010

KISAH POKOK EPAL



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu."Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka kemudiannya menangis dengan penuh kegembiraan.

CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. KITA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITULAH HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA KITA.

Posted by khazinatul husna at 2:07 PM 0 comments
Labels: kisah2

Wednesday, October 13, 2010

25 Perkara Yang Wanita Perlu Tahu


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam surga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki surga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahwa surga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki surga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan :

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc….

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis Nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

wallahua’lam..semoga kita mengamalkan apa yang baik ^-*


dipetik dari kierinz.wordpress

Posted by khazinatul husna at 8:44 PM 3 comments
Labels: insaf

Friday, October 8, 2010

Dari Kerana MATA

Wahai manusia yang baik hati hati..
jagalah dirimu yang suci murni..
Allah lebih mengetahui..
Dari mata turun ke hati..
Agar zina dapat kau hindari..
Tundukkan pandangan matamu, terangkan pandangan hati..

Suatu hari engkau berjalan santai..kemudian engkau menjumpai kebun yang indah dihiasi bunga-bungaan yang menawan. tika engkau melihat keindahan bunga itu, engkau memasuki fasa tahu tentang keindahan bunga itu (al-idraak). Tidak ada seorang pun yang melarang dirimu untuk memandang bunga itu dan melihat keindahannya.

Jika engkau menyukai bunga itu dan tertanam dalam jiwamu rasa cinta kepada bunga itu, saat itu engkau termasuk dalam fasa keterlibatan diri dalam sesuatu yang diketahui itu (al-wijdaan). Seterusnya jika engkau menghulurkan tanganmu untuk memetik bunga itu, saat itu engkau sampai ke fasa terdorong diri untuk melakukan dan menikmati sesuatu (an-nuzuu').

Di sinilah syariat melarang engkau untuk memandang bunga yang indah di taman itu dan tidak melarang engkau untuk menyukainya. Akan tetapi syariat melarang engkau untuk menghulurkan tanganmu dan memetikya. Bunga itu bukan milikmu dan hakmu..

Allah mengetahi sifat sebenar manusia. Kerana itulah Allah menyuruh kita menundukkan pandangan mata agar kita mampu mengawal nafsu..

sekadar perkongsian dari sebuah buku yang bertajuk dosa2 besar tulisan Mutawalli asy-Sya'rawi.
Posted by khazinatul husna at 1:54 PM 2 comments
Labels: insaf
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod