skip to main | skip to sidebar

jom zikir

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts
zwani.com myspace graphic comments

About me

My Photo
khazinatul husna
Hidup dan matiku hanya kerana Allah
View my complete profile

Apa Kata Hati?

Archivo del blog

  • ► 2011 (5)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ▼ 2010 (16)
    • ► December (1)
    • ► October (3)
    • ► September (3)
    • ► August (3)
    • ▼ July (6)
      • KEK COKLAT ~ Bahan-Bahan:
      • KISAH TELADAN
      • Kongsi2
      • No title
      • Cerita Ceretet
      • Pembersihan Nafsu

Followers

denyut jam

kaunter pertanyaan

suka strawberry sangat2

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes
Raudhatul ilhami

Thursday, July 29, 2010


KEK COKLAT ~

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan:
250 gm mentega
1 ¾ cawan gula castor
5 biji telur
½ sudu kecil esen vanila
¾ cawan koko
2 cawan tepung naik sendiri
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan susu coklat yg disejukkan

Topping:
¾ gula icing
¾ koko
½ cawan susu coklat
1 sudu kecil mentega

Cara:

Pukul mentega dan gula castor hingga kembang.Masukkan telur sebiji sebiji dan esen vanila.Ayak tepung naik sendiri,koko dan soda bikarbonat bersama dan kemudian masukkan ke dalam campuran tadi bersama susu coklat berselang seli.

Topping:
Masukkan koko,gula icing dan mentega ke dalam kuali yg dah di'double boiling'.Kemudian masukkan susu coklat dah kacau.Jika terlalu cair masukkan gula icing dan jika terlalu pekat tambahkan susu coklat.

Cadangan Hidangan:

Hiasan:
Taburkan hirisan badam atau coklat rice atau apa-apa yang dirasakan perlu dan menarik
.


sumber:
http://resepi.mesra.net/Detailed/4680.shtml

sedap...dah try,yg peting kena pukul adunan kuat2,guna mesin pemukul lagi cantik..yummy.. :-)
Posted by khazinatul husna at 6:27 PM 0 comments
Labels: resepi nyummy2..

Wednesday, July 28, 2010

KISAH TELADAN

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Posted by khazinatul husna at 6:36 PM 2 comments
Labels: kisah2

Kongsi2


Salam.. ehem2..
Kpd sesiapa yg berminat nak dengar tips2 rumah tangga, nak tmbah ilmu yg berkaitan dgnnya,dengarlah IKIM ye..ada stu rncangan yg dipanggil MAHLIGAI KASIH..setiap selasa pukul 10 mlm kot..tp ada ulangan pkul 1 pagi..salam istima'..
Posted by khazinatul husna at 2:05 AM 3 comments
Labels: rasa nak kongsi

Monday, July 26, 2010

Posted by khazinatul husna at 11:05 PM 0 comments

Saturday, July 24, 2010

Cerita Ceretet

Di sebuah daerah di negara Hijau, terdapat serang lelaki yang sangat suka mendaki. Semua bukit dan gunung-ganang telah didakinya. Advance la kira..dia sangat terkenal sebagai pendaki yang sangat berpengalaman.

Pada suatu hari, lelaki ini teringin mendaki gunung. Oleh itu,pergilah dia mendaki gunung yang berdekatan..Dari pagi hinggalah ke petang, sampailah dia ke puncak gunung.Kebiasaannya dia akan berkhemah di puncak gunung.

Tiba-tiba,salji turun dengat lebatnya. Dia mengambil keputusan untuk turun semula kerana terlalu sejuk.Malam pun menjelang tiba..Dalam keadaan yg gelap,dia gagahi jua menuruni lurah-lurah yang curam.

Nasib tidak menyebelahinya,dia tergelincir daripada batu yg besar. Mujurlah tali yang dipakainya tersangkut pada batu-batu lain.Untuk seketika dia terselamat tetapi dia tergantung hanya pada seutas tali. "oh tali,hudupku hanya bergantung padamu", kata lelaki itu. Selain tali, dia sangat berharap adalah skuad peronda yg datang untuk menyelamatkannya..

Pelbagai usaha yg dilakukannya,namun sia-sia. Badanya berasa kebas kerana terlalu sejuk. Menangislah lelaki ini kerana tidak berdaya. Dia hanya memegang tali itu dengan erat.
Antara percaya dengan tidak,dia terdengar satu suara membisikkan padanya "lepaskan tali itu.." namun tidak diendahkannya.."lepaskan tali itu,hidup dan matimu bukan bergantung padanya"..juga tidak dihiraukannya. "Masakan tali yg menjadi tempat bergantung nyawanya perlu dilepaskan", fikir lelaki itu.

Pada keesokanya, penduduk di kawasan itu tergempar dngan berita kematian pengembara yg hebat. Maka, beduyun-duyunlah yg mahu melihatnya. Mereka berasa sangat hairan, mayatnya tergantung satu hasta dari tanah. Lelaki itu mati akibat kesejukan yg melampau..

Moral of da kisah:
  • Tingkatkan kebergantungan kita dengan Allah. Dia maha berkuasa.
  • Kadang-kadang, apa yg kita rasa baik itu adalah perkara yg buruk utk kita. Jadi,walaupun sdih,kecewa,remuk hati n blala utk meninggalkan perkara yg kita sukai/sayangi,mungkin itu adalah yg terbaik utk kita.
  • Gali la sndiri.. ^_^
Posted by khazinatul husna at 9:55 AM 1 comments
Labels: kisah2

Friday, July 23, 2010

Pembersihan Nafsu

Nafsu merupakan musuh utama yg menghalang insan daripada menjadi baik,bersih dan kuat. Nafsu sentiasa mengajak insan melakukan perbuatan keji dan mungkar..ampuni kami ya Allah..

Peringkat menundukkan nafsu:

1.peringkat penyucian (takhalli)
caranya: hendaklah melawan, menangkis dan menumpaskan kehendak nafsu yang sentiasa menggoda manusia untuk menurut jejak langkah syaitan dan menjauhkan diri daripada mentaati Allah. Nafsu wajib ditentang habis-habisan. Apabila nafsu menguasai diri maka ketika itu iman akan keluar. Oleh itu segala tindak tanduk tidak akan berlandaskan iman kerana tiada kawalan iman. Out of control..

2. peringkat pengisian (tahalli)
dah cuci bersih hati tu..perlu lah isi pulak..
caranya: seseorang perlu menengisi dirinya dengat sifat2 iman dan taqwa,benci perkara2 kufur,kederhakaan dan hendaklah memohon petunjuk Allah agar jiwa kita terisi dengan sifat2 mahmudah.(sifat2 baik). Sifat yg baik ini dapat menangkis segala sifat mazmumah. Apabila adanya pengisian jiwa dengan iman,takwa dan sifat2 mahmudah ini,insyaAllah..akan lahirlah insan yg bersih dirinya (tazkiyyah an-nafs) "macam baby.."

3. peringkat penguasaan rasa (tajalli)
dah lalui peringkat pertama dan kedua? maka cuba pula peringkat ke-3. Peringkat ini agak sukar. Ia hanya dapat dirasa dan dimengertikan oleh orang yang mengalaminya sendiri akan kemanisan peringkat ini. Tajalli secara keseluruhannya bermaksud berlapang dada,tenang dan bahagia. Jiwa dan hatinya merasa akan keagungan Allah,merasakan dirinya terikat,terpaut hanya pada Allah,pergantungan dan harapan hanya pada Allah. Dengan itu segala permasaalahan hidup akan dihadapi dengan tenang,tak gelisah kerana dia sedar bahawa semuanya dari Allah.."usaha dan tawakkal"..

hayya a'la fallah..^-^!

sumber: pendidikan Islam asas dinamika guru~sharing~

Posted by khazinatul husna at 5:33 PM 2 comments
Labels: insaf
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod