Assalamualaikum..wah, sudah lama blog ini gersang dan bersawang, smoga entry ini menjadi hiasan berharga untuk kita semua..
Ingin saya petik satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang berbunyi:
"Semua cabaran yang menimpa orang yang beriman baik kegelisahan, kesusahan, sakit, kesedihan sehingga tertusuk duri, maka Allah menghapus dosanya dengan musibah itu".
Dalam kitab al-Istiqamah, ibnu Taimiyah menceritakan bahawa seorang soleh menjenguk orang yang sakit. Orang sakit yang dilawatinya itu merintih dan mengeluh lalu orang soleh itu terus menitiskan air mata...dia lalu bertanya: "Apakah engkau berkata aduh kepada Allah?"
Orang sakit itu segera beristighfar dan bertaubat.
moral untukku dan untukmu: telah lama kita sihat namun adakah kita bersyukur dengan menggunakan kesihatan yang diberikan sebaiknya? Apakah ibadah kita pada Allah setimpal dengan nikmat sihat yang diberikan-Nya? (T-T)
Satu lagi kisah yang menyentuh hati iaitu kisah Nabi Ayub,
Ketika penyakit yang menyerang Nabi Ayub semakin mengganas, Nabi Allah Ayub berdoa (Al-Anbiya':83) yang bermaksud :"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika Dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: 'sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani'.
Wah..indahnya kata-kata Nabi Ayub, walau sakit yang menimpanya sangat perit baginda tidak terus memohon untuk disembuhkan, namun baginda tetap menyerah dengan ketetapan Allah. Baginda juga tidak mengeluh bahkan terus berdoa: "Aku sakit, sedangkan Engkau adalah doktornya. Jika menurut-Mu penyakit ini telah sampai ke kemuncaknya dan ubatnya sudah ada, maka Engkaulah yang lebih mengetahui urusannya"
Kalau kita.. Ya Allah, sakitnya kepala ni Ya Allah..macam nak pecah ni haa, sembuhkanlah Allah sakit aku ni..amen..-cepat ja mintak sembuh kan.."jika engkau redha maka luka tidak akan terasa"-al-Mutanabbi.
Tidak ada yang dapat menyembuhkan penyakit, menghilagkan kesusahan, menepis bencana dan menjauhkan keburukan selain Allah. Allah maha mengetahui, maka, berserahlah kepada Allah dengan sepenuh-penuh keyakinan.