dia..sesiapa pun boleh jadi dia..
mak, abah, kakak,abg, adik, kawan baik, kawan tak baik, husband, wife,
sweetheart,kucing,anakku syg n other..
dia makhluk biasa, sekejap ada, skejap tak da..
dia kadangkala hadir memberi semangat,
kadangkala sibuk sampai nak minta tolong pun tak sempat.
dia berjanji sehidup semati, tipu lah..bila i dah menghadap Illahi dia sibuk cari pengganti.
dia si miow2 tempatku lauhkan rasa hati, tapi syg, dah jumpa miow2 lain aku ditinggalkan sepi..
dia si isteri sejati, hadirnya seketika kerana dirinya tiada lagi..
dia si kawan yang happy go lucky, sesekali diri ditinggal menyendiri..
sia si anak mithali, namun bukan setiap waktu si tua ini diingati..
DIA hanya SATU...
tiada permulaan, tiada pengakhiran..
sentiasa ada untuk dicintai dan menyintai..
beruntunglah bagi sesiapa yang meraih cinta hakiki..
betul cinta DIA rasa manis walaupun diri disakiti?
acu cuba try test uji sendiri..
bila susah rasa diri diuji, bila sakit rasa diri diingati, bila senang?
jangan sesekali lupakan DIA..
dengan mengingati DIA hati menjadi tenang..itu janji DIA..
segala pujian hanya untuk DIA.
janganlah terlalu mengharap pada dia kerana kita mungkin kecewa,terluka, merana, ter.. n ter lain2 lagi..
mengharaplah pada DIA, DIA yang Maha Kuasa, "kun fa yakun"..
walaupun dia dan DIA sangat berbeza, cubalah mensyukuri nikmat DIA..
semuanya adalah kurniaan dari DIA juga..
kelak suatu hari nanti semua kesayangan kita akan pergi menghadap DIA RABBUL A'LAMIN..
bukan dia ja, dengan kita2 sekali.. ayuh,jom, lets go! kumpul mata ganjaran..
menuju ke negeri abadi~~~