Pada suatu hari, lelaki ini teringin mendaki gunung. Oleh itu,pergilah dia mendaki gunung yang berdekatan..Dari pagi hinggalah ke petang, sampailah dia ke puncak gunung.Kebiasaannya dia akan berkhemah di puncak gunung.
Tiba-tiba,salji turun dengat lebatnya. Dia mengambil keputusan untuk turun semula kerana terlalu sejuk.Malam pun menjelang tiba..Dalam keadaan yg gelap,dia gagahi jua menuruni lurah-lurah yang curam.
Nasib tidak menyebelahinya,dia tergelincir daripada batu yg besar. Mujurlah tali yang dipakainya tersangkut pada batu-batu lain.Untuk seketika dia terselamat tetapi dia tergantung hanya pada seutas tali. "oh tali,hudupku hanya bergantung padamu", kata lelaki itu. Selain tali, dia sangat berharap adalah skuad peronda yg datang untuk menyelamatkannya..
Pelbagai usaha yg dilakukannya,namun sia-sia. Badanya berasa kebas kerana terlalu sejuk. Menangislah lelaki ini kerana tidak berdaya. Dia hanya memegang tali itu dengan erat.
Antara percaya dengan tidak,dia terdengar satu suara membisikkan padanya "lepaskan tali itu.." namun tidak diendahkannya.."lepaskan tali itu,hidup dan matimu bukan bergantung padanya"..juga tidak dihiraukannya. "Masakan tali yg menjadi tempat bergantung nyawanya perlu dilepaskan", fikir lelaki itu.
Pada keesokanya, penduduk di kawasan itu tergempar dngan berita kematian pengembara yg hebat. Maka, beduyun-duyunlah yg mahu melihatnya. Mereka berasa sangat hairan, mayatnya tergantung satu hasta dari tanah. Lelaki itu mati akibat kesejukan yg melampau..
Moral of da kisah:
- Tingkatkan kebergantungan kita dengan Allah. Dia maha berkuasa.
- Kadang-kadang, apa yg kita rasa baik itu adalah perkara yg buruk utk kita. Jadi,walaupun sdih,kecewa,remuk hati n blala utk meninggalkan perkara yg kita sukai/sayangi,mungkin itu adalah yg terbaik utk kita.
- Gali la sndiri.. ^_^
1 comments:
...nice story...^_^
Post a Comment