
Assalamualaikum..
Persoalan di benak saya hari ini adalah..'kenapa lelaki suka cari perempuan yang tua (yang lebih berumur darinya) untuk menjadi pasangan hidup?' hihi...
Topik yang menarik..
Mengapa?
Lelaki ni kawin dgn perempuan yg lbih tua darinya atas sebab cintakah? atau mahu mengambil kesempatan ke atas kekayaan perempuan itukah? nak tumpang populariti perempuan itukah(artis), perempuan lebih berumur banyak pengalaman? lebih matang?
Pada pendapat caye,ada ok dan tak ok nya..my mom n my dad pun mcm tu..tp mak ni memang perangai dy kebudak-budakan ckit,abah lagi matured..huhu
Rasulullah S.A.W sendiri telah berkahwin ketika baginda berusia 25 tahun manakala Saidatina Khadijah pula berusia 40 tahun ketika itu. Berbanding isteri baginda yang lain, Khadijahlah yang paling disayangi oleh baginda.
Ketika manusia tenggelam dalam kekufuran, hanya dia yang percaya dengan kerasulan baginda,
Di saat ujian menimpa , dia rela menyerahkan hartanya kpd baginda,
Melaluinya Allah memberikan zuriat keturunan yang tidak baginda peroleh dari isteri2 yg lain.
Subhanallah..ditambah dgn sifat2 mulia Khadijah,sudah tentu baginda terpikat..
Ya..ini membuktikan umur bukanlah penghalang,tetapi..realiti zaman sekarang?
Ada lelaki yang betul2 ikhlas mengambil perempuan yang lebih berumur sebagai isteri, mungkin sebab kecantika perempuan tu,tp rugi lah kalau pilih perempuan atas dasar cantik,kecantikan akan hilang,faktanya, perempuan lagi cepat tua dari lelaki..dah tak cantik nanti mula lah hilang sayang.. :-(
Ada juga pilih perempuan berumur sebab perempuan tu kaya,macam dlm crita AdaMaya,(tp crita tu ok ckit),perempuan yg bekerjaya ni biasanya kawin lewat,nak cari lelaki sebaya susah la..semua dah kahwin,dah ada llki muda, so..terima je la seadanya..hehe..llki muda ni pun boleh la ambil kesempatan ke atas harta perempuan tu,dah tau prempuan tu syg dia kan..
Ada mak ayah kenalan caye tu,mak dy lg tua dr ayah dy 8 tahun,tp yg heran,mak dy nampak mcm sebaya ja dgn ayah dy,cantik lg..Subhanallah..perkahwinan mreka pun bahagia ja..think positive..
Tp..jodoh adalah ketentuan Allah..wallahualam..
Cinta...
Cinta sejati milik Illahi,
Walau sekuat mana kita mencari,
Andai diri tak kembali kpd Yg Maha Mencintai,
Tiada nilainya cinta ini..
Cinta itu milik Allah,
Carilah keabadian dalam cinta-Nya,
Nescaya kau tak akan kecewa di alam yg fana,
Kerana cinta Allah kekal slamaya..
Hati yg tulus mencintai Allah akan bertemu jua dgn hati yg tulus mencintai-Nya..
0 comments:
Post a Comment